Insiden di Stadium Parken pada 13 Jun yang menyaksikan pemain tengah Denmark, Christian Eriksen rebah secara tiba-tiba berikutan ‘Cardiac Arrest’ pada perlawanan sulung Euro 2020 menentang Finland jelas mengejutkan semua pihak.

Apatah lagi perlawanan tersebut disaksikan peminat bola sepak di seluruh dunia sekali gus semua mata juga tertumpu kepada usaha keras yang dilakukan rakan sepasukan Eriksen serta pasukan pegawai perubatan dalam membantu pemain berusia 29 tahun itu.

Ketua pasukan, Simon Kjaer sudah pasti menjadi individu paling sibuk pada ketika itu dimana beliau memberikan bantuan Cardiopulmonary resuscitation (CPR) kepada Eriksen sebaik sahaja pemain tersebut rebah.

Ketika pegawai perubatan sedang berusaha keras membantu Eriksen, kelihatan Kjaer bersama-sama penjaga gol berpengalaman, Kasper Schmeichel beralih ke tepi padang untuk mententeramkan isteri Eriksen yang menangis mengenangkan nasib suaminya.

Susulan dengan sumbangan besar diberikan menghadapi insiden tersebut, Kjaer bersama lapan orang lagi yang terdiri daripada kakitangan perubatan stadium, Pegawai Media UEFA serta kakitangan perubatan skuad kebangsaaan Denmark telah mendapat penghargaan khas dengan menerima Anugerah Presiden UEFA.

Presiden UEFA, Aleksander Ceferin juga dalam pada itu menganggap ia merupakan sumbangan hebat telah diberikan oleh mereka dan menganggap kesemua yang menerima anugerah tersebut sebagai wira dalam saingan Euro 2020 tempoh hari.

“Tahun ini, Anugerah Presiden telah mengatasi bola sepak. Ia berfungsi sebagai peringatan penting dan kekal tenang betapa berharganya kehidupan dan meletakkan segala sesuatu dalam hidup kita ke dalam perspektif yang paling jelas.”

“Saya juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Christian Eriksen dan keluarganya semasa dia meneruskan pemulihannya,” ujar Ceferin menurut laporan Goal.

Teruskan membaca artikel-artikel lain yang telah kami sediakan seperti dibawah.

Paolo Maldini: AC Milan Lebih Kuat Berbanding Musim Lalu

Stanley Bernard: Pengalaman Luas Stuart Ramalingam Mampu Perkukuhkan Aspek Komersial Liga M

Rebah Secara Tiba-Tiba, Doa Semua Buat Christian Eriksen

 

Sumber